Soalan Kerap Ditanya (FAQ)
 
Q.
Apakah perbezaan antara "Kontraktor Kerja" dan "Kontraktor Bekalan / Perkhidmatan" ?
A.
"Kontraktor Kerja" adalah Kontraktor yang melakukan kerja-kerja seperti pembinaan, elektrikal, plumbing dan seumpamanya.
  "Kontraktor Bekalan/Perkhidmatan" adalah kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembekalan seperti peralatan ICT, perabot, khidmat rundingan, pembersihan, potong rumput dan seumpamanya.
 
Q.
Bagaimana cara mendaftar untuk syarikat yang sama tetapi terlibat dalam bidang KERJA dan juga bidang PEMBEKALAN /PERKHIDMATAN?
A.
Kontraktor hendaklah mendaftar 2 akaun. Satu 'Akaun Kontraktor Kerja' dan satu lagi 'Akaun Pembekalan / Perkhidmatan'.
 
Q.
Adakah perlu untuk memasukkan salinan sijil PKK, CIDB dan Kem. Kewangan di dalam 'Maklumat Kontraktor' ?
A.
YA, DIMESTIKAN. Ini akan memudahkan pihak KEJORA membuat semakan.
 
Q.
Apakah ciri-ciri keselamatan Sistem ePerolehan KEJORA ?
A.
Sistem ePerolehan KEJORA dilengkapi dengan 'ID Kontraktor' dan 'Katalaluan'. Selain daripada itu penggunaan 'NoToken' juga menguatkan lagi sistem ini daripada diakses tanpa kebenaran.
 
Q.
Adakah ePerolehan KEJORA sama dengan ePerolehan Kementerian Kewangan ?
A.
TIDAK SAMA. ePerolehan KEJORA adalah untuk KEJORA sahaja bagi memudahkan urusan membuat laporan penilaian.